Wedding/Services
Pakej Penginapan & Katering Majlis Perkahwinan Warisan
Rimba Alor Orchard Villas
Raikan Hari Istimewa anda didalam suasana kampung yang tenang dan kehijauan, bersama penginapan dengan ahli keluarga tersayang dirumah-rumah tradisional Melaka yang serba lengkap.
Kami sediakan pilihan 4 Pakej dengan harga berikut:
- PAKEJ DULANG TEMBAGA: RM13,500
- PAKEJ DULANG PERAK: RM 14,500
- PAKEJ DULANG SUASA: RM15,000
- PAKEJ DULANG EMAS: RM18,000
Kos Kesemua 4 pakej termasuk:
Penginapan dua (2) buah rumah (Villa Rimba dan Villa Alor) untuk dua (2) malam 3 hari. Setiap rumah yang serba lengkap mempunyai empat (4) bilik tidur, ruang tamu dan dapor. Setiap rumah boleh muat tidak lebih dari 10 orang (termasuk kanak-kanak berumur lebih dari 2 tahun). Jumlah tetamu untuk dua (2) buah rumah adalah tidak lebih dari 20 orang.
Penyediaan khemah, peralatan Katering dan Makanan untuk 300 orang tetamu termasuk ahli keluarga. Tempoh Majlis tidak melebehi 5 jam.
Sila rujuk butir-butir di Lampiran.
Kos Tambahan
Untuk memeriahkan lagi Majlis, bersesuaian dengan suasana warisan dan tradisional kami sediakan juga berikut;
- KOMPANG: RM700
8-10 orang pemain, berpakaian tradisional (termasuk tanjak) mengiringi perarakan mempelai hingga ke pelamin dan membuat persembahan permainan kompang - PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL: RM3000
Persembahan muzik irama Melayu tradisional dengan 4 orang pemuzik dan 2 orang penyanyi menghiburkan tetamu dengan dondang sayang, lagu-lagu asli, zapin, inang dan joget dari jam 11 pagi-3.30 ptg.
Pengesahan Tempahan (BOOKING FEE)
Untuk pengesahan tempahan Pakej, sila bayar booking fee RM: 2000 selewat – lewatnya 6 minggu sebelum tarikh check in.
Baki Pakej bersama deposit sekuriti hendaklah dibayar selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh check in.
Deposit Sekuriti
Deposit Villa Rimba dan Villa Alor dan Tapak: RM1500
Deposit sekuriti akan dikembalikan sepenohnya jika tiada kerosakkan atau kehilangan dalam masa 7 hari selepas check out.
PEMBATALAN TEMPAHAN
Jika ada pembatalan, hendaklah dimaklumkan kepada saya tidak lewat dari 14 hari dari tarikh check in untuk dikembalikan booking fee, serta apa- apa jumlah yang telah dibayar, termasuk baki Pakej dan deposit sekuriti sepenohnya. Apa apa pembatalan yang dimaklumkan kepada saya kurang dari 14 hari dari tarikh check in, kami akan menolak 50% dari booking fee. (RM:1000)
Semua bayaran hendaklah di masukkan ke dalam akaun:
RIMBA ALOR ORCHARD VILLAS, MAYBANK
No. Akaun 564306236834